Wednesday, April 29, 2009

~~Nizhny Park~~

Pergi nizhny park lagi hari ni!! =)

kali nih pergi melawat hamba2 Allah yang baru lepas ber-hibernate kat zoo park.lama sangat2 dah berhajat nak pergi.atlast tercapai gak hajat! oh ye, syukran jazilan kepada yang sudi belanja =)

xda la banyak mana pun jenis hamba2 Allah kat situ.
tapi..boleh laa..cukup syarat dengan kehadiran pakcik harimau dan pakcik singa..walaupun tanpa pakcik gajah atau pakcik panda yang kompem comel..huhu

yang paling besh, pakcik unta!!!comel!haha pakcik tuh nak aiskim yang kitorang makan..unta makan aiskim ke?xtau..tapi yang penting pakcik tuh ikut cakap kitorang..baik betol!


ni la taman zoo!
jom kita pergi tengok pakcik unta yang comel =)

pakcik unta tengah makan rumput..
comel,kn kn..nampak alim..=p

cak!!
comelnye diee~~ =p

^^kami^^

pakcik unta yang sentiasa ikut aiskim

hm...gambar pakcik unta je yang dirasakan comel dan menarik..
pakcik2 yang lain dikurung dalam sangkar.lebih kurang macam kat malaysia je.. =)

arnab ngan kura-kura betul xda..
patung pun jadi laa..
tapi patung tuh comel!betol!

antara kuntuman bunga terawal..cantik!!!

sory post nih mengarut =p

Tuesday, April 28, 2009

Finally, it's spring!!

Russia memang pelik..

Memang semua yang wujud kat bumi russia nih serba x kena, pelik dan ajaib..

"Yup2..except the girls!" bak kata sorang klasm8. dah nama lelaki..tuh je la yang dorang nampak.hm...lagipun memang diakui russians cukup bergaya..even makcik berkedut2 nak pergi pasar pun bermekap n ber-lipstik merah menyala. lain rupanya jadi..

Oh ye..berbalik pada tajuk.kalau cakap pasal kereta, russians ada 1 tradisi yang memang pelik dan x dibuat oleh mana2 puak lain di dunia (rasa2nya la)..kereta, walau semahal atau seburuk mana pun, x pernah dibasuh.kotor,berdebu,berhabuk!kalau naik bas, ada yang cermin tingkap jadi legap sebab terlampau kotor.plate number kereta lak ada yang pakai lekat dengan tape.bukan stakat tuh, kalau ada part2 yang tertanggal,boleh lagi tuh dorang tampal pakai tape!daif betul nampak.. series!tapi dorang memang x pernah kesah kot.siap bawa kereta tuh merata lagi.

Hm..tuh baru 1 aspek.x nak la cerita panjang sal perangai orang2 sini.tapi secara ringkas, russians bagaikan dalam dunia mereka sendiri.segala2nya dibuat lain dari cara orang normal di luar russia, dah la memang sangat2 terpisah dari dunia luar.buatlah apa pun, asalkan kamu bahagia wahai russians.. (^_^)

Tujuan tulis post kali nih sebenarnya bukan nak cerita pasal russians, tapi pasal cuaca.alhamdulillah,winter dah berlalu dengan selamat walaupun kalau ikutkan, memang dah patutnya lama masuk spring.sekarang xda lagi snow, xda lagi winter coat, xda lagi winter boots.tapi yang pelik cuaca kat sini, suhu boleh berubah dari -4 degree ke 30 degree dalam masa beberapa hari, x sampai seminggu!pelik..terkejut, terpaku, terkedu..baru last week snowing sangat2 lebat.hari ni 30 degree!panas woooo~~~~~ nasib baik sangat2 berangin.mengikut kata sorang senior,

"nih baru spring!summer nanti lagi panas..sebab tuh russian kalau boleh semua yang ada dorang nak buka"

hoih~ memang cuci mata betol la budak laki!lagi2 non muslim yang memang xda batasan.yang muslim..kuatkan iman kamu ye~~~!!!bidadari syurga jauh lagi cantik..ehem2!! =p

hm..x lama lagi mesti penuh dengan bunga..mesti cantik!cepatlah kamu kembang wahai bunga2..hanya kamu yang mampu menjadi penyeri bumi russia nih.. =p

Tuesday, April 21, 2009

nDOA

muslimah first year nnsma berkumpul untuk aktiviti ala2 explorace
benda nih lebih kurang bulan lepas kot
besh!!



hoih..sekarang nih lak sepatutnya dah musim bunga..
2 minggu dah hidup tanpa snow..
tapi snowing balik..amat2 lebat lak tuh!

"ape dah jadi ngan bumi skang nih?"
"semua musim cam terbalik2"
"nak kiamat dah kot..."

Saturday, April 18, 2009

Pabila kisah2 lama dikenang~

Tigs.

1,2,3 Jupiter.semua perempuan.kelas yang sangat2 hevoc!xda apa yang dirahsiakan.we share all our thoughts, laughs n tears.kawan2 adalah segala-galanya.tapi sayang, kami dipisahkan mengikut ranking start form 4.tapi tetap akan bersama semula kat port biasa waktu rehat.xkan ku lupa, waktu kelas berkumpul balik dan menangis bersama semahu2nya pada hari terakhir untuk yang akan berpindah ke mrsm dan sbp.tangisan sahabat sejati that I’ll treasure for the rest of my life.

*nazurah*amyrah*syazwani*najihah*
Orang terdekatku dalam kelas. The 4 hokage. 4 kelopak lucky clover jadi simbol persahabatan. Berjanji untuk bersahabat selamanya. Tapi semua terpisah ke maktab berbeza. Syahdu,kan..

Maktab.

404-504. dikatakan kurang rapat antara laki dengan perempuan. tapi stil, we apreciate n r always there for each other.yang penting, budak2 perempuan memang besh2 semuanya! Selalu melekat 1 tempat. Sangat2 bising, lagi2 dengan bantuan “miss loudseaker”. Sampai budak laki bengang n cikgu pun pening =p. Teringat masa kami sama2 turun padang untuk riadah, main benda ala2 piring terbang tuh(lupa lak nama ape =p), kait2 rambutan tepi padang, makan sama2 tepi tuh..antara yg sgt2 xkan ku lupa.every moment is very2 precious.

*khalidah*amyrah*afidah*sariyah*
Orang terdekatku dalam kelas.sangat bantu-membantu. teringat gambar kita berempat yang masuk majalah remaja.yup2!kita memang comel!=p

I met someone back then.someone special i guess..tp sayang, its over for now. =)

Sekarang klasm8 semua dah berpecah2 kejar cita2 masing2.hampir separuh dapat tawaran oversea, alhamdulillah.dengar cerita ada gak yang nak bertunang bulan 6 nih.tahniah!maju betol korang nih!=)

Intec.

Kelas 12C, 5 lelaki dan 11 perempuan. Kamu memang sangat2 besh! Belumku jumpa kawan2 seperti kamu. Series! We were always together, always. There’s completely no grouping among us. We are 1! and will always be. Life kat intec sangat bebas, sangat hepi, sangat bhagia. Bebas untuk keluar dan bebas dari education =p. Pergi kelas, separuh masa dihabiskan untuk menyanyi dan menari. Pelik,kn? Tempat study paling enjoy pernah ku jumpa. Masing2 pun sporting sangat, as if study is not the main priority. But still, time nak exam memang masing2 pulun sehabis2nya. Atlast, we passed the exam with flying colors. Tapi kemudian dipisah2kan mengikut universiti.
“It’s such a shame for us to part”.

Silaturrahiim kami, ukhwah fillah
Bermusuh kami, nauzubillah
Berpisah mati, insyaAllah
Pengubat hati, doa rabitah

kiroro - best friend



Best Friend - Kiroro ( Japanese )

Saturday, April 11, 2009

Kadang2 terasa idupku mengarut..

Pelajar. Dihujani test. Paling kurang 2 test dalam seminggu. Boleh gak jadi sampai 4-5 test. Semua subjek membaca, menghafal, menyumbat2 dalam otak. Kadang2 terfikir gak, kalau ade math stabil sikit proses sang otak nih. Tapi x nak la math yang menyerabutkan. Math modern skolah menengah pun ok gak. Selalu terdengar keluhan penangan bahasa russia n latin. Dikatakan pelajar diberatkan dengan bahasa. Lagi2 russia. Nak menghafal grammar n vocab dorang sangat2 bukan sesuatu yang mudah. Kalau ada extra praktikal, leh jadi balik sampai pukul 8 malam. Untuk chem, disuruh buat titration. Kelas extra praktikal yang dirasakan sangat2 mengarut.
Merungutkah diriku?
Be grateful! Allah dah bagi rezeki..

Hati. Bukan masalah hati, tapi masalah dengan hati. Sampai sekarang belum diselesaikan. Cepat la selesai. Tenteram sikit idup nih nanti.
”Hati perlu sentiasa tersenyum”, bak kata roro

Russia. Graduan Russia bukanlah 1 nama yang disegani di Malaysia. Russia hanya hebat dengan ciptaan2 senjata, kereta kebal, kapal selam dll yang dibangga2kan russian. Hidup kat sini pun bukanlah seindah yang dikata2kan. Dikatakan tempat ni mula dibuka untuk foreigner tahun 1992. Patutlah.. Pentingkan diri dan pandang selekeh foreigner salah 1 ciri utama. Tak sedarkah kamu, kami datang untuk bagi duit kat kamu? Bukan datang merempat, bukan datang sebagai pelarian. Haha t'kejam lak. Sorry russian!
Semua ada hikmah. Bak kata sorang lecturer "if u can survive in russia, that means u can survive in any other parts of the world" =p



Friday, April 10, 2009

re: karya yang rosak

sorry for what i've done
sorry for causing u the troubles
sorry for causing u the pains

i just need some time
to regain my strength
to clear my mind
to judge everything once again

now..
im stuck between 2 choices
its a must for u to help me!
giv me a clue
the simplest clue
so that i wont regret
for the rest of my life

n for both of us
to get over this

Monday, April 6, 2009

La tahzan

Di saat hati bersedih
Allah bagi dirimu rezeki yang murah
Allah hantar sahabat sejati yang melegakan penderitaan hatimu
Allah campakkan semangat baru yang begitu kuat dalam hatimu

Masa untuk test

Susah yang amat nak terus fokus
Susah yang amat nak lupakan kisah hati
Susah yang amat nak leraikan kecelaruan minda
Melangkah ke kelas berbekalkan tawakal
”Aku betul2 dah buat apa yang termampu”
Sedar2..
Diri dikurniakan kemudahan
Diri dihadiahkan lebih dari yang lain
Alhamdulillah..Allah tolong aku lagi

Saat hati tak mampu menanggung beban
Seorang sahabat datang
Diri dipeluk erat
Segalanya diluahkan
”Sesungguhnya dirimu insan terpilih. Allah pilih dirimu untuk diuji. Allah nak tengok sejauh mana imanmu dan kecekalan hatimu. Sabar.. semua ada hikmah”
Hati terasa lega..sangat2 lega..

Di saat itu
Teringat kata2 akak usrah
”Allah xkan uji kita dengan sesuatu yang Allah tau kita dapat tempuhi. Sesungguhnya lagi kuat iman seseorang, lagi besar ujian untuknya”

La tahzan nurul amirah..
Jangan bersedih nurul amirah
Bersyukurlah dan bertawakallah..

'Jika Allah menolong kamu, maka tidak akan ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu(tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang2 mukmin bertawakal' (3:160)

Sunday, April 5, 2009

Silent Suferrer

Sabarlah wahai hati..
Sabar..Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar

Ingat wahai hati..
Sesungguhnya semua yang terjadi adalah yang terbaik untukmu..

Pulihlah wahai hati..
Pulih secepatnya..
Sesungguhnya kamu sangat2 diperlukan untuk ujianNya yang seterusnya

Berhentilah lacrimal gland
Jangan dikeluarkan lacrimal fluid lagi
Cukuplah…cukuplah dulu

Berhentilah wahai minda
Berhenti berfikir tentang mereka
Berhenti untuk tahu tentang mereka
Sesungguhnya ketahuilah..ia hanya mampu menambah penderitaan hatimu


Susah..
Cukup susah nak lakukan semua ni..

Usahalah nurul amirah!
Caiyo2!!
Ingatlah..kamu tidak pernah keseorangan..tidak sekali2!

Yakinlah..Allah yang menentukan segalanya..sebaik2 perancang..

Friday, April 3, 2009

*aras 9*

Group B~
*aaron*jeffry*imran*nathan*godwinna*myra*roronija*
Mereka hevoc, ceria dengan kehadiran lelaki2 yang suka bercakap, sangat2 skema bila perlu, group kesayangan banyak lecturer sebab result mereka memang besh2 selalu =).series!

Birthday nathan.
Birthday party dirancang. Bersama room8 yang juga groupm8, roronija macam gelisah lak nak pegi ke x..
“tak pe ke kite pegi?”
“tuh la..risau la.dorang non-muslim..takut ada benda2 tak patut”
“nathan kan groupm8 kite..jahat lak kalau x pegi.bsersungguh2 die ajak”

Dengan hati agak berat, kami pegi kat blok asrama nathan.ditanya mkcik security
“nak pegi mana?”
“aras 9, bilik 924”
Sehelai kertas dikeluarkan, “larangan pelawat kat aras 9!!”
”kenapa tak boleh?”
”tingkat pelajar african” sambil buat gimik muka ala2 gangster yang pegang rokok sambil mulut dimuncungkan.series!

Adeih~makin la bertambah2 berat hati.1 panggilan untuk aaron dibuat. Aaron turun dapatkan kami. Diberi alasan kat makcik security kami nak pergi bilik dia, aras 8. berdebar2 tiba2. betul ke nak kena naik nih?! Aaron gelak sambil tekan lif. Sampai je aras 9..kami jalan belakang aaron yang memang selalunya protective.
”eh..normal je pun” african kat situ siap senyum2 ag.
Sampai je bilik nathan, seperti dijangka, kami berdua je perempuan malaysia muslim.
Yang ada dalam bilik tuh semua lelaki african, kecuali aaron dan jeffry. Oh ye..ada sorang perempuan african.
”haa..datang pun!” jerit jeffry.
Nathan pun bangun sambil kenalkan kami kat semua yang ada dalam bilik tuh..lepas tuh..godwinna sampai.

Sangat mengejutkan, mereka sangat2 sopan!
Semua dah datang, sorang2 akan wish n sampaikan pesanan untuk nathan bergilir2. pastu aaron wat persembahan untuk nathan, menyanyi dengan gitar.terpukau!suara dia memang besh!series!

Oh ye..makanan yang disediakan 2 biji kek, biskut, dengan pepsi, fanta dan cocacola.
Masa nak makan..sorang ahli groupm8 jerit kat kami
”jangan risau!halal!”

Lepas tuh party tuh diteruskan dengan "ber-party". kami diajak, tapi mereka faham kami xkan pegi. Bila diri nak barangkat balik, satu suara terdengar ”betul ke aras 9 bahaya?”
Wajah dipaling dan 1 senyuman dilemparkan.

Terharu. Party yang awal2 tuh seolah2 menghormati muslim yang berapa ketul ni je pun. Bila ada lawak2 berunsur “dewasa" keluar, sorang ahli groupm8 akan cakap
“hey2! girls~ be polite!” sambil menjeling kat kami. terasa sangat2 dihormati.series!

*dialog2 dalam russian n english dah di-Melayu-kan =p*
*Perlu difahami keadaan semasa kat nnsmu nih..african sering kali dikaitkan dengan kecurian, masalah2 mabuk, merokok, etc. dan kat sini, blok asrama dicampur lelaki perempuan dalam 1 aras*


~^^proud to be a muslim^^~

Kenapa perempuan mudah menangis?

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengarjawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”