Tuesday, August 25, 2009

fly~~

cepatnya 2 bulan berlalu
masa untuk pulang ke rusia dah tiba
esok akan jadi satu hari yang menyedihkan
walaupun tarikh keramat 27/8 biasanya disambut dengan gembira
siapa sangka hari jadi tahun ni akan disambut dengan perpisahan

beratnyaa nak tinggalkan rumah!!
kamu2 dalam rumah ni sangat2 best!
setiap dari kamu menambah ceria
setiap dari kamu adalah pelengkap

detik2 terakhir ni
semua mula terasa dengan perpisahan yang bakal terjadi
setiap saat kamu buatku terharu
setiap layanan,setiap perlakuan,setiap pertuturan
perkataan "sedih" yang ditanda adik di kalendar
makin tambah2 beratnya hati

macam tak sanggup nak hadapi esok
susah berat sedih pilu
semua bercampur2

mudah2an Allah kuatkan hati ini esok..amin~

Friday, August 14, 2009

nyamuk dan ayam pox

Tak sangka cuti ni memang tragis.demam selama 4hari.kejap panas kejap sejuk.hari ke4, ujian darah dibuat dan esoknya klinik call, “nurul amirah, kamu positif untuk denggi.datang klinik petang ni boleh?”

Petang tu,kat klinik “doktor, saya tak nak pergi hospital boleh?”

“Awak makan ubat ni dulu.kalau malam ni sakit perut lagi,kena terus pergi hospital.”
Malam tu, lepas makan ubat gastric terus masuk tidur.tapi sakit perut tetap tak hilang2.terasa malas nak pergi cakap kat mak perut sakit lagi.

Esoknya, sakit perut tak hilang2.terus dinaikkan kereta ke hospital pantai.turun je kereta,ada sorang pemuda comel sambut kat depan pintu masuk bahagian kecemasan.ingatkan pakcik krepot mana sibuk2 tadi.rupa2 doktor!haha.terus jadi malu.

Betapa berbeza rawatan sini dan Russia.betapa orang m’sia sangat pemalu dan hormat orang lain.betapa orang m’sia jaga adab2 dan batas2.hal seperti inilah yang sangat2 kurang bila ada kat tempat orang yang rata2nya tak malu dan tiada batasan. it feels GOOD to be in Malaysia!!

Lepas siap semua proses2,ada pakcik muda yang melimpah ruah dengan senyuman sejak datang tadi tolak masuk bilik wad.rupa2 dapat single room!suka tu suka la jugak.bilik besar,a tv all on my own,ada toilet besar tak payah share.tapi still,menakutkan!tak suka duduk sorang2!lagi2 ada tingkap yang sangat2 besar dan panjang! takpe2,pasni cepat2 baik,lepas tu boleh cepat2 keluar.

Lepas tu,things getting worse. virus denggi mengganas.dan sakit perut tu sebenarnya inflammation of liver.platelet mula kurang dan kurang.gusi mula berdarah.kulit jadi merah2.“kalau nak baik cepat,kena makan banyak2!”.baiklah!lepas tu dah tak fikir banyak dah.sumbat selagi perut dapat menampung.makan makan makan.dan hasilnya…jeng jeng jeng!!!3hari je duduk sana.alhamdulillah..

Tapi tadi sebelum nak discharge, ada bintik2 merah timbul.doktor terkejut “this is very rare!i never see dengue and chicken pox cases at the same time.”

“its ok doctor.i know im special.one in a million.”

Oh ye, ciken pox ni dibawa pulang oleh adik saserku yang baik hati dua minggu lepas.dan sekarang,4 orang dalam rumah ni berbadan poka dot.huhu macam nak nangis!tak nak poka dooootttttttttttt!!!tak suka!!!

Ni dah dekat rumah.hatiku yang meradang dek kerana nyamuk yang durjana masih belum pulih sepenuhnya.dan poka dot bakal menghiasi kulitku.nice.

Semua yang berlaku ada hikmah.just be grateful! =)

ni ada gambar2 tempat penginapan hotel 5 star tu.jemputlah datang nanti =)

breakfast =)

lunch!!

p/s:bekas tu sebijik macam kat sushi tingkoff etazhe!bukan russia je ade bekas tuh rupanya..

permandangan luar tingkap yang jadi teman paling setia

p/s: ni laa batu pahat!!maju tak? :p

suasana dalam bilik.kosong.

cak!!!dalam kelambu! kelambu pink tu betol2 buat terasa macam tuan puteri =)

sebelum balik =)