Friday, March 6, 2009

Mencari sakura


International women’s day

Ehem2..kat Nizhny Novgorod nih akan disambut selama 3 hari b’turut2 oleh kami pelajar Malaysia, tema kali ni “mencari sakura”

Nih nak share sumtin yg besh utk wanita2 kt luar sne =p

Aduhai sakura pujaan

Engkau bunga pujaan kumbang
Buat penyeri suramnya taman
Jelitamu menawan, lembutmu membelai
Indahnya dirimu tiada terlawan

Kasihmu memancar cahaya gemilang
Dengan kasihmu, agama menjulang
Demi kasihmu, pahlawan berjuang
Tanpa kasihmu, dunia tempat terbuang

Dirimu memang dikejar ramai
Kerana cantikmu memikat hati
Namun sakura, jangan terpedaya
Lindungi dirimu dari calitan fana
Jauhi dirimu dari lembah songsang
Tersilap langkah engkau terkulai
Tersalah langkah madumu hilang

Kerana dirimu selalu diperhati
Jagalah gerak gerimu

Kerana dirimu penenang hati

Perhatikanlah tutur katamu
Kerana dirimu begitu berharga
Biarlah segala bersalut malu

Kerana dirimu persis srikandi

Carilah ilmu, ikutilah syariat

"wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh" (^_^)

3 comments:

  1. cm jiwang lak post kali nih =p

    ReplyDelete
  2. pasal apa sakura? kenapa bukan bunga tropika? sakura bile musim luruh dan gugur dari dahannya...
    (kat Jepun ja weyh sakura)

    ReplyDelete
  3. sbb sakura sgt2 precious bg japanese..
    bunga nih r yg mceriakn idup dorang n mcantikkn bumi dorg
    =p

    ReplyDelete