Wednesday, January 19, 2022

Ujian kemasukan darjah satu ke Al Amin Bangi

Sebenarnya sebelum ni sangat susah hati memikirkan Wafiy nak masuk sekolah. Bukan apa, sebab memang nak sangat masukkan Wafiy ke Al Amin Bangi. Al Amin Bangi ni antara sekolah yang sangat dikenali kat tempat kami, dapat belajar ilmu duniawi dan ukhrawi. Macam gabungkan sekolah kebangsaan dan sekolah agama jadi satu. Pelajar pun pukul 3.30 petang dah balik, jadi tak penat sangat sekolah sampai lewat petang.
 
Tapi persaingan nak masuk sekolah ni sangat la sengit. Wafiy dah mula kena buat ulangkaji dan latihtubi sejak umur 5 tahun dengan azam nak dapat masuk ke Al Amin. Kami allocate masa sejam setiap hari. Kesian juga kecil2 dah kena belajar, tapi apakan daya persaingan zaman sekarang berbeza dengan zaman kita dulu. 

Sebelum ni nak masuk ke Al Amin kena ada interview dengan ibu bapa dan exam untuk pelajar. Tapi disebabkan tahun 2021 PKP berlanjutan, jadi batch Wafiy ni jadi batch pertama yang buat online exam. 

Online exam ni akan one-to-one dengan seorang pemeriksa. Sepanjang exam kena buka kamera dan suara. Ibu ayah tak boleh tolong tapi boleh duduk di sebelah pelajar. Sesi dibahagi kepada menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu, English, Jawi, Iqra' dan asas matematik. Asas matematik ni ada tambah dan tolak. 

Wafiy masa tu baru balik sekolah Singapore selama 2 tahun. Kami pula memang banyak guna English di rumah selama ni. Jadi Wafiy kurang fasih bahasa Melayu. Ni yang jadi lebih merisaukan.

Jujur masa exam tu memang berdebar sangat, sebab bukan senang nak suruh Wafiy duduk dengan tekun menghadap laptop. Ye lah masa kena tunggu giliran, kejap nak pergi toilet, kejap lapar, kejap haus. Lagi suruh duduk diam, lagi susah nak duduk. Mama yang nervous macam nak nangis. 

Fast forward, alhamdulillah Wafiy diterima, dan dapat masuk ke kelas dual language program (DLP). DLP ni masih medium dalam bahasa melayu, cuma pelajaran sains dan matematik dalam english. Kelas DLP ada satu kelas sahaja. 

Mama doakan Adam Wafiy sentiasa dikelilingi orang yang baik, mudah sesuaikan diri di sekolah baru nanti, dipermudahkan semua urusan. Mudah-mudahan Adam Wafiy dapat jadi the best version of himself. 









No comments:

Post a Comment