Tuesday, June 30, 2009

melangkah menuju tanah air

bas nizhny-moscow: 8jam
flight moscow-dubai: 6jam
flight dubai-klia: 7jam
kereta KL-batu pahat: 5jam
(lebih kurang laa)
dan akhirnya..sekarang dalam bilik atas katil bersama laptop baru. =)

aku bahagia!sangat2 bahagia! =))

xda assignment
xda homework
xda perlu fikir


yang paling penting,dah makan sepuasnya =p.kempunan sangat nak makan makanan m'sia yang memang terliur bila dikenang.nak makan kat warung tepi jalan..kfc mcD pizza..tak perlu lagi menahan perut pabila lapar..pergi mana2, kompem halal tanpa sebarang syak wasangka..tak payah fikir kat rumah xda makanan..tak payah fikir barang dapur dah habis..tak payah fikir nak masak apa..semua tersedia.bahagia,kan kan?

hm..tapi ramai dah habis cuti.nasib baik ada sikit yang belum habis cuti.esok nak keluar!jalan2 makan2 dengan penuh bahagia.jeles x?jeles x? =p

oh ye..kepada kamu2 yang inginkan souviner dari russia meh la datang batu pahat!first come first serve! =p

Saturday, June 27, 2009

jom ramai2! =)

ya Allah...
peliharalah keselamatan nurul amirah dan rakan2 sepanjang perjalanan mereka menuju ke kediaman masing2.jauhkanlah mereka dari sebarang penyakit.elakkanlah mereka dari ditahan,sama ada di moscow atau klia.

ya Allah...
permudahkanlah urusan mereka.

Amin~~~~




Wednesday, June 24, 2009

lalala~~


aku.sangat.sangat.sangat.bersyukur!!

1st year telah ditamatkan dengan jayanya =)
kita tutup 1st year kita dengan tasbih kafarah dan surah al-asr
(ayat kak farah =p)


bioorganic chemistry
latin langguage
medical physics
biology

musim exam paling extreme,kalah spm.series!macam2 jenis stres jumpa kali ni.lebih dari jenis2 stres spm.yang jenis tak pernah terlintas pun ada.hish...stres yang amat.b'jangkit2 lak tuh.merebak macam swine flu. =p

oh ye..sempena ngan exam ni bakat baru aku dicungkil.berjaya tak tidur malam berturut2 sampai 3-4 hari.tidur ntah brapa jam je.hebat tak?hebat wooo~~biasa pukul 11 pun dah ngantuk.

sempena ngan musim exam ni jugak dianugerahkan mimpi yang extreme.malam nak exam chem.mimpi diserang formula.menusuk2 bertubi2 kat otak.sakit yang amat.sampai menjerit2 meronta2.series sakit kepala masa tu.dalam mimpi tuh paling banyak formula phenol.bangun tu terus baca phenol,mana la tau petunjuk.tapi frust tak dapat.sampai skang duk t'kenang phenol.agaknya sampai akhir hayat kot phenol akan terus melekat dalam fikiran.dalam exam tuh dapat soalan ketoacid.nasib dapat jawab.oh ye..untuk makluman,bioorganic chem sangat2 banyak formula.beratus2 kot.ntah.yang penting sangat banyak.separuh mati duk hafal..T_T

physics lak sangat2 dibantu oleh prof-ku yang sangat comel.haha die tak tanya extra question.langsung!baik,kan?dah la comel..=)

dan akhir skali,biology.yang paling buat orang emo, stres dan bengang.dikejutkan dengan berita ramai fail!paling banyak dapat 3,lulus cukup makan.gile!strict gle cikgu.masing2 stres emo stres emo stres emo.
comel x?baru beli.. =p

aku?hm...alhamdulillah sangat2 Allah tolong aku.ye,Allah tolong banyak yang amat sangat sangat sangat.huhu terharu.nak jugak Allah tolong aku yang ntah pape nih.semua yang Allah bagi sama ada sebagai nikmat atau ujian.ntah2 dapat camtu pun Allah saja nak uji,kn kn?

ntah apa aku ngarut panjang2 ni.kompem semua orang baca lompat2.tol x?wek!xkesa pun..yang penting aku puas hati dapat luahkan =)

3hari lagi balik m'sia!!!weee~~~~
fly~~~~~~~
b'debar2!series!waaa mcamana eh m'sia skang?kesunyian tanpa kehadiran aku?
seronoknye..seronok seronok seronok!
hati b'bunga2 nak balik m'sia.. =)


huhu tapi masalah hingusan datang balik semalam.huhu xnak kne quarantine kat klia!!!
kamu2 semua doakan aku tak kene tahan eh! =p

Sunday, May 31, 2009

nothin much

exam is coming
going to b inactive
pray for me!
doakan tau!wajib!
=)

Tagged by pakcik

1. How old are you?
19 not yet..muda ag =)

2. Are you single?
single mingle...kot =p

3. At what age do you think you’ll get married?
after graduate yang penting

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
who am i with??jodoh di tangan Allah

5. If not, who do you want to marry?
sape2 yang masuk meminang.senang =p

6. Who will be your bridesmaid or your bestman?
biar mama pilih

7. Do you want a garden/ beach or traditional wedding?
tradisional laa..kate melayu..

8. Where do you plan to go for honeymoon?
paris!!!

9. How many guest do you think you’ll invite?
sape2 yang sudi datang

10. Will that include your exes?
kalau sudi, u r most welcome =)

11. How many layers of cake do you want?
cukup untuk semua orang makan

12. When do you want to get married? Morning or evening?
morning!murah rezeki..

13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?
yang comel2

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
apa2 yang sesuai

15. Champagne of red wine?
air zamzam

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
ikot keadaan.xnak pk.

17. Money or household items?
both =)

18. How many kids would you like to have?
ikot Allah bagi rezeki

19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?
mayb.yang penting tangkap gambar banyak2.going to b sweet everlasting memories =)

20. I want to know their wedding plan:
ieda!!
roro
ina
kerry =p
syazaizura
arip

xda paksaan dibuat =)

Tuesday, May 26, 2009

Kisah dalam bas

Lama betul rasa tak update. Lama betul dah yang ni duduk dalam draft. Kurang mood untuk klik "publish post" hari tu. nah! here it is~ =p

Hari ni x ubah macam hari2 lain..naik bas, pegi 4th campus, balik naik bas semula.

Perjalanan balik, dalam bas. Bas sangat2 sesak, sangat2 berhimpit2. Terpisah dari kawan2. Tiba2 bahu dipeluk oleh sorang makcik. Mukanya didekatkan. Try nak jauh sikit. Tapi dia pegang dan dekatkan balik. Cuak. Pelik. Kat sini tak pernah lagi orang buat camtu.
“hm..tudung ni cantik la.ada lagi tak?”
”ada..tapi dekat rumah”
”rumah dekat mana?”
”kat prospek gagarina, saya duduk asrama”
”makcik nak ikot balik boleh?makcik dah lama nak tudung macam kamu pakai ni”
Senyuman kelat dilemparkan. Sudah. Makcik nih nak ikot balik pulak. Takpe la. Bersangka baik. Islam jugak kot. Bagi je la tudung satu.

Tiba-tiba ada sorang pakcik pulak naik bas n tegur.
”muslim ke?"
”aah” sambil tersenyum
”patut la..cantik!sangat cantik!”diulang2 beberapa kali. suara pakcik tuh kuat.nak bergegar 1 bas dia jerit.habis semua orang tengok.
”betul!betul!”makcik yang tadi ada lagi kat sebelah sokong dengan suara kuat jugak.muka penuh yakin. Adeih..pulak dah. Cuma mampu tersenyum kelat. Russian yang lain duk perhati pelik. Lemas!! Rasa macam nak ghaibkan diri je.malu la!

Xda la, typical asian girl.kalau nak dibanding dengan russian berambut blonde dengan mata biru memang macam langit ngan bumi.betul ke?betul kot.tapi makcik2 kat sini memang dah banyak kali jugak kot puji2 sal nih.
”kita mungkin tak secantik russian.tapi makcik2 ni nampak yang kita suci.agaknya tuh yang mereka maksudkan dengan cantik”pabila liyana mula berkata2.

Sambung balik cerita.turun bas, makcik tu ikot.kawan yang lain dah bising2.
”eh..mira dapat mak baru laa!!”

Dalam perjalanan,
”makcik ni islam jugak ke?”
”bukan.makcik kristian.orang kristian pun kena pakai tudung sepatutnya.budak2 zaman sekarang yang tak nak pakai.”
Hm..pernah dengar jugak pasal nih.kalau tak silap, dorang pun tak boleh makan babi sepatutnya.nah!!nampak sangat agama dorang asal dari islam,tapi dah diputar belit.

Masa hulur tudung,sempat doa dalam hati yang mudah2an makcik ni dapat hidayah dan terbukti satu hari nanti pada dia yang islam agama sebenar.

Banyak jugak konflik dengan makcik tuh lepas tuh.macam2 dia nak.nasib baik ada senior datang tolong selesaikan.

Terasa hari tu macam dapat pengajaran. Allah nak tunjuk something. Terbukti islam ni betul. Terbukti islam berjaya pikat hati agama lain. Tak perlu ”cantik” untuk nampak cantik. Islam yang mencantikkan kita. =)

Monday, May 11, 2009

jom tengok ni^^

nak dedicate 1 video
dapat masa syahadatul haq semalam *thanx kak atam!*
besh yang amat!
lapangkan hati..hayati video nih ye kawan2!!