Tuesday, November 17, 2009
ciku dan duku
Posted by amyrah at 6:26 AM 1 comments
Tuesday, November 3, 2009
pink pink pink!
dah cari merata
tapi pink jugak yang berkenan di hati
comel x?
(^_^)
Posted by amyrah at 2:01 AM 9 comments
Sunday, October 25, 2009
ini tempat mereka
Aku selalu terfikir,kenapa aku ada kat Russia ni?
Russia tak macam negara2 dunia lain di mana islam dah berkembang luas.kat sini,tak ada satu pun restoran halal.teringat balik pengalaman kat berlin,germany hari tu.betapa banyak restoran halal,even kfc halal pun ada.sini kalau malas sangat nak masak,pergi restoran,beli makanan vegetarian atau seafood, yang biasanya tersangatlah tak sedap dan mahal.kesimpulannya,daripada kurang reti masak,semua secara automatik jadi handal memasak :)
Orang2 sini pun langsung tak peramah. pandang rendah kat kami2 orang Malaysia yang nampak sangat ‘comel’ banding dengan mereka2 yang berbadan dan berkaki sangat panjang.tapi last2 mayat mereka2 yang dijadikan bahan belajar, kami bawa main (haha kejam tak? :p)
sistem belajar sini pulak berbeza dengan tempat2 lain.sini langsung tak ada assignment.tapi test memang tersangatlah banyak.itupun sekadar untuk dapat zachot.zachot ni la yang membenarkan kami2 ambil exam.pemarkahan kat sini 100% based on exam.exam pulak writing dan oral.betul2 kena ikut mood cikgu -.-
dan dengan ini, aku dah dapat jawapan =)
Allah hantar aku sini
sebab Allah nak ajar aku berdikari
sebab Allah nak tolong aku improve ‘kehandalan’ memasak
sebab Allah tau aku sangat tak suka buat assignment
sebab Allah nak tolong aku improve ‘kehandalan’ bercakap
Allah tu sweet,kan?
Oh ya,dah terlanjur sebut pasal mayat2 russian tadi.meh nak cerita sikit.ini daripada sumber yang boleh dipercayai.kerajaan rusia mewajibkan mayat2 rakyatnya dijadikan bahan kajian.kalau tak nak, ahli keluarga kena tulis surat,mintak mayat semula.patut la hari tu ada mayat bayi.punya la kitorang mengutuk perbuatan mak ayah dia yang sanggup bagi mayat anak kecik macam tu jadi peprat.rupa-rupa memang wajib :p.kerajaan sini kedekut tanah nak dijadikan kubur kot :p.tapi sepanjang hidup kat sini,memang tak pernah lagi jumpa kubur.berbanding kalau kat Malaysia, macam2 agama punya kubur terbentang luas sana sini. seseorang tu pulak kena buat surat dan bagitau keluarga awal2 kalau nak badan dijadikan kajian.sangat berbeza,kan kan?
Posted by amyrah at 2:18 AM 9 comments
Monday, October 5, 2009
kami.lega.
Budak-budak 2nd year dah lega
Kenapa?
--> Sebab tragedi “woof2” dah berakhir
--> Sebab open house berjalan dengan meriah
--> Sebab orientasi 1st year dah selamat berakhir
so give thanks to Allah and say Alhamdulillah =)
Open house budak-budak 2nd year yang comel-comel seiring dengan orientasi budak-budak 1st year yang baru sampai. Jawatan ketua chef dan setiausaha orientasi diamanahkan kepada seorang budak baru belajar. Terkontang-kanting awal-awal pagi kat dapur berusaha habis-habisan masak nasi tomato untuk 25 ekor ayam yang dipotong sepuluh dalam 6 periuk besar. Dihiasi dengan mata panda sebab malamnya berhempas-pulas memotong dan mem-blend bahan-bahan yang nak kena masak yang tersangat la bertimbun-timbun. Terima kasih ina joelina dan siti neddy yang bersama-sama berganding bahu meringankan beban kat dapur! Semoga kamu-kamu mendapat ganjaran oleh Nya. Akhirnya setelah makanan siap dihidang dan dilicinkan oleh tetamu yang rakus, saya pengsan sampai ke maghrib. Bilik mewah lagi besar kami yang sangat digemari ramai sejak akhir-akhir ni dijadikan markas solat maghrib kanak-kanak ribena perempuan 1st year yang tak henti-henti berceloteh. Lepas solat, makanan iron chef dihidang. Makan makan makan lagi =).
Malamnya orientasi diteruskan sampai pagi ahad. Oh ye, mintak maaf kepada kamu-kamu (especially seniors) yang handle orientasi sebab kami tak turun sangat majlis tu. Tapi still, kami dah buat keje kami tau! Laporan orientasi, kad jemputan, dan announcement kami dah siapkan. Jangan marah-marah lagi ye senior-senior yang garang =p
Posted by amyrah at 9:37 AM 4 comments
Tuesday, September 29, 2009
Tuesday, September 8, 2009
2nd year student
pejam celik, pejam celik dah masuk minggu kedua jadi “pelajar 2nd year”.semua makin susah.subjek makin berat.masa makin padat.sem ni,tambah subjek physiology,biochemistry,psychology n paling tak tahan ada philosophy!!
physiology, senior cakap setiap kali kelas nanti dapat katak.kelas minggu lepas,sekelip mata je katak yang suka melompat2 jadi longlai.jarum dicucuk pada brain stem dan sepanjang spinal cord.mati katak betul katak tu.kesian.terasa kejam.tapi that is the way.sory katak hijau kilat2 =).
biochemistry, subjek ni senior cakap subjek yang paling susah.jauh beza ngan general chemistry n organic chemistry masa 1st year dulu.entah laaa..harap2 semua ok nanti.doakan eh!!
psychology, takda exam,cuma zachot.hohoho(gelak kejam)
philosophy!!!waaa kena blaja sejarah balik!!plato socrates hipopothamus dan seangkatan dengannya.sampai buddhism, taoism dan kisah zaman2 purba kala semua lengkap dan perlu hafal hafal n hafal.hishhh…-.-
sem ni, exam anatomy dengan histology, 2-2 subjek berat.doakan tau!!
tapi yang paling best, anatomy semakin menarik!!
irina stanikova yang genius dan baik hati suka bagi info2 membeliakkan mata
penyakit2 yang bakal setiap orang hidapi zaman2 umur emas nanti,begantung pada bentuk badan.orang tinggi2 biasanya b’masalah dengan digestive system.sebab topography organ yang kurang dari normal.tapi mereka2 ni takda masalah dengan jantung n vascular system.terbalik dengan orang yang kurang ketinggian dan comel2 =)
baby2 yang comel suka masukkan semua benda dalam mulut.sebab masa comel2 tu, deria rasa yang paling hebat banding deria lain.comel betol! =)
“the way to a man's heart is through his stomach”.peribahasa ni betul rupanya.sebab keadaan stomach orang lelaki mempengaruhi keadaan jantung mereka2 ni..hishh...
purata saiz perut lelaki n perempuan sama walaupun jumlah makanan yang dimakan beza2.faktor luar macam keturunan dan apa yang dimakan yang tentukan appetite makan.
hm...ape lagi eh..nanti2 tulis lagi..kepala sakit.terhantuk sekuat hati kat bucu meja semalam.sampai hari ni rasa sengal2..oh otakku..kesian kamu..
Posted by amyrah at 1:24 PM 5 comments


