Sunday, October 25, 2009

ini tempat mereka

Aku selalu terfikir,kenapa aku ada kat Russia ni?
Russia tak macam negara2 dunia lain di mana islam dah berkembang luas.kat sini,tak ada satu pun restoran halal.teringat balik pengalaman kat berlin,germany hari tu.betapa banyak restoran halal,even kfc halal pun ada.sini kalau malas sangat nak masak,pergi restoran,beli makanan vegetarian atau seafood, yang biasanya tersangatlah tak sedap dan mahal.kesimpulannya,daripada kurang reti masak,semua secara automatik jadi handal memasak :)

Orang2 sini pun langsung tak peramah. pandang rendah kat kami2 orang Malaysia yang nampak sangat ‘comel’ banding dengan mereka2 yang berbadan dan berkaki sangat panjang.tapi last2 mayat mereka2 yang dijadikan bahan belajar, kami bawa main (haha kejam tak? :p)

sistem belajar sini pulak berbeza dengan tempat2 lain.sini langsung tak ada assignment.tapi test memang tersangatlah banyak.itupun sekadar untuk dapat zachot.zachot ni la yang membenarkan kami2 ambil exam.pemarkahan kat sini 100% based on exam.exam pulak writing dan oral.betul2 kena ikut mood cikgu -.-

dan dengan ini, aku dah dapat jawapan =)

Allah hantar aku sini
sebab Allah nak ajar aku berdikari
sebab Allah nak tolong aku improve ‘kehandalan’ memasak
sebab Allah tau aku sangat tak suka buat assignment
sebab Allah nak tolong aku improve ‘kehandalan’ bercakap

Allah tu sweet,kan?

Oh ya,dah terlanjur sebut pasal mayat2 russian tadi.meh nak cerita sikit.ini daripada sumber yang boleh dipercayai.kerajaan rusia mewajibkan mayat2 rakyatnya dijadikan bahan kajian.kalau tak nak, ahli keluarga kena tulis surat,mintak mayat semula.patut la hari tu ada mayat bayi.punya la kitorang mengutuk perbuatan mak ayah dia yang sanggup bagi mayat anak kecik macam tu jadi peprat.rupa-rupa memang wajib :p.kerajaan sini kedekut tanah nak dijadikan kubur kot :p.tapi sepanjang hidup kat sini,memang tak pernah lagi jumpa kubur.berbanding kalau kat Malaysia, macam2 agama punya kubur terbentang luas sana sini. seseorang tu pulak kena buat surat dan bagitau keluarga awal2 kalau nak badan dijadikan kajian.sangat berbeza,kan kan?

Monday, October 5, 2009

kami.lega.

Budak-budak 2nd year dah lega
Kenapa?
--> Sebab tragedi “woof2” dah berakhir
--> Sebab open house berjalan dengan meriah
--> Sebab orientasi 1st year dah selamat berakhir
so give thanks to Allah and say Alhamdulillah =)

Open house budak-budak 2nd year yang comel-comel seiring dengan orientasi budak-budak 1st year yang baru sampai. Jawatan ketua chef dan setiausaha orientasi diamanahkan kepada seorang budak baru belajar. Terkontang-kanting awal-awal pagi kat dapur berusaha habis-habisan masak nasi tomato untuk 25 ekor ayam yang dipotong sepuluh dalam 6 periuk besar. Dihiasi dengan mata panda sebab malamnya berhempas-pulas memotong dan mem-blend bahan-bahan yang nak kena masak yang tersangat la bertimbun-timbun. Terima kasih ina joelina dan siti neddy yang bersama-sama berganding bahu meringankan beban kat dapur! Semoga kamu-kamu mendapat ganjaran oleh Nya. Akhirnya setelah makanan siap dihidang dan dilicinkan oleh tetamu yang rakus, saya pengsan sampai ke maghrib. Bilik mewah lagi besar kami yang sangat digemari ramai sejak akhir-akhir ni dijadikan markas solat maghrib kanak-kanak ribena perempuan 1st year yang tak henti-henti berceloteh. Lepas solat, makanan iron chef dihidang. Makan makan makan lagi =).

Malamnya orientasi diteruskan sampai pagi ahad. Oh ye, mintak maaf kepada kamu-kamu (especially seniors) yang handle orientasi sebab kami tak turun sangat majlis tu. Tapi still, kami dah buat keje kami tau! Laporan orientasi, kad jemputan, dan announcement kami dah siapkan. Jangan marah-marah lagi ye senior-senior yang garang =p