Monday, October 5, 2009

kami.lega.

Budak-budak 2nd year dah lega
Kenapa?
--> Sebab tragedi “woof2” dah berakhir
--> Sebab open house berjalan dengan meriah
--> Sebab orientasi 1st year dah selamat berakhir
so give thanks to Allah and say Alhamdulillah =)

Open house budak-budak 2nd year yang comel-comel seiring dengan orientasi budak-budak 1st year yang baru sampai. Jawatan ketua chef dan setiausaha orientasi diamanahkan kepada seorang budak baru belajar. Terkontang-kanting awal-awal pagi kat dapur berusaha habis-habisan masak nasi tomato untuk 25 ekor ayam yang dipotong sepuluh dalam 6 periuk besar. Dihiasi dengan mata panda sebab malamnya berhempas-pulas memotong dan mem-blend bahan-bahan yang nak kena masak yang tersangat la bertimbun-timbun. Terima kasih ina joelina dan siti neddy yang bersama-sama berganding bahu meringankan beban kat dapur! Semoga kamu-kamu mendapat ganjaran oleh Nya. Akhirnya setelah makanan siap dihidang dan dilicinkan oleh tetamu yang rakus, saya pengsan sampai ke maghrib. Bilik mewah lagi besar kami yang sangat digemari ramai sejak akhir-akhir ni dijadikan markas solat maghrib kanak-kanak ribena perempuan 1st year yang tak henti-henti berceloteh. Lepas solat, makanan iron chef dihidang. Makan makan makan lagi =).

Malamnya orientasi diteruskan sampai pagi ahad. Oh ye, mintak maaf kepada kamu-kamu (especially seniors) yang handle orientasi sebab kami tak turun sangat majlis tu. Tapi still, kami dah buat keje kami tau! Laporan orientasi, kad jemputan, dan announcement kami dah siapkan. Jangan marah-marah lagi ye senior-senior yang garang =p

4 comments:

CiKgU said...

hahaha teruk gler r myra ni...hehe all the best na!!! gudluck

amyrah said...

haha :p
saje nak buat bagi nampak tragis

AuLiA said...

myramyramyramyramyramyra

amyrah said...

ehem2! :p