Friday, April 3, 2009

*aras 9*

Group B~
*aaron*jeffry*imran*nathan*godwinna*myra*roronija*
Mereka hevoc, ceria dengan kehadiran lelaki2 yang suka bercakap, sangat2 skema bila perlu, group kesayangan banyak lecturer sebab result mereka memang besh2 selalu =).series!

Birthday nathan.
Birthday party dirancang. Bersama room8 yang juga groupm8, roronija macam gelisah lak nak pegi ke x..
“tak pe ke kite pegi?”
“tuh la..risau la.dorang non-muslim..takut ada benda2 tak patut”
“nathan kan groupm8 kite..jahat lak kalau x pegi.bsersungguh2 die ajak”

Dengan hati agak berat, kami pegi kat blok asrama nathan.ditanya mkcik security
“nak pegi mana?”
“aras 9, bilik 924”
Sehelai kertas dikeluarkan, “larangan pelawat kat aras 9!!”
”kenapa tak boleh?”
”tingkat pelajar african” sambil buat gimik muka ala2 gangster yang pegang rokok sambil mulut dimuncungkan.series!

Adeih~makin la bertambah2 berat hati.1 panggilan untuk aaron dibuat. Aaron turun dapatkan kami. Diberi alasan kat makcik security kami nak pergi bilik dia, aras 8. berdebar2 tiba2. betul ke nak kena naik nih?! Aaron gelak sambil tekan lif. Sampai je aras 9..kami jalan belakang aaron yang memang selalunya protective.
”eh..normal je pun” african kat situ siap senyum2 ag.
Sampai je bilik nathan, seperti dijangka, kami berdua je perempuan malaysia muslim.
Yang ada dalam bilik tuh semua lelaki african, kecuali aaron dan jeffry. Oh ye..ada sorang perempuan african.
”haa..datang pun!” jerit jeffry.
Nathan pun bangun sambil kenalkan kami kat semua yang ada dalam bilik tuh..lepas tuh..godwinna sampai.

Sangat mengejutkan, mereka sangat2 sopan!
Semua dah datang, sorang2 akan wish n sampaikan pesanan untuk nathan bergilir2. pastu aaron wat persembahan untuk nathan, menyanyi dengan gitar.terpukau!suara dia memang besh!series!

Oh ye..makanan yang disediakan 2 biji kek, biskut, dengan pepsi, fanta dan cocacola.
Masa nak makan..sorang ahli groupm8 jerit kat kami
”jangan risau!halal!”

Lepas tuh party tuh diteruskan dengan "ber-party". kami diajak, tapi mereka faham kami xkan pegi. Bila diri nak barangkat balik, satu suara terdengar ”betul ke aras 9 bahaya?”
Wajah dipaling dan 1 senyuman dilemparkan.

Terharu. Party yang awal2 tuh seolah2 menghormati muslim yang berapa ketul ni je pun. Bila ada lawak2 berunsur “dewasa" keluar, sorang ahli groupm8 akan cakap
“hey2! girls~ be polite!” sambil menjeling kat kami. terasa sangat2 dihormati.series!

*dialog2 dalam russian n english dah di-Melayu-kan =p*
*Perlu difahami keadaan semasa kat nnsmu nih..african sering kali dikaitkan dengan kecurian, masalah2 mabuk, merokok, etc. dan kat sini, blok asrama dicampur lelaki perempuan dalam 1 aras*


~^^proud to be a muslim^^~

6 comments:

Imran said...

nice! skali skale join party x per. hahah.xD.

myra said...

haha
dorang nih kalau nak party, mmg party btol2
sbb sni xda sape nak tego non-muslim
tp besh r dorang semalam jadi sopan sebab ktorang..nyum3 =p

Imran said...

ouh. sian plak aku dengar kehidupan org muslim disane. xper mira, tabahkan hati anda. ameeeeen. berpada-padalah jika mahu berparti. ;p

myra said...

amin~! =p
tak pnah t'lintas pn nk join dorang

huhu wndu m'sia...

Abby<333 said...

hahaha..bagus2
ktorg cni mcm ade je yg masok sororities fraternities
kelab2 party seumpamenye
org melayu
ade je
cume x sure la dorg bwat ape kt sne
huhu

amyrah said...

owh
haha
tp mcm mlayu reti jg diri kot..
insyaAllah..